aku...

aku...

..... kenyataan delonik regia......

Makin lama aku hidup di dunia ni,makin aku sedari bahawa setiap insan punyai kekuatan dalam diri sendiri..

Dalam jiwa dan hati.

Ku akui sebelum ini sikit pun aku tak mengerti apa itu SEMANGAT HAKIKI..

"Apa rasa air yang berasal dari awan yang putih jatuh dari suatu ketinggian yang pecah terbelah menimpa pinggiran atau pertengahan lembah.

Dihembus angin musim dingin dari segala arah.

Air dari awan jatuh di lembah itu menembus nafas2 yang kelu..

Aliran air berhenti di permukaan.
Tiada cela jika yang meminumnya dengan penuh rasa dia perhatikan yang lainnya.

Taqwa kepada Allah dan malu akibatnya




Thursday, December 30, 2010

hadir saat kesunyian

"Cuti!!!Yahoo.."

Kebiasaanya apabila disebut bab cuti ni,perkataan tu la yang akan keluar dari mulut seseorang yang seharian, sibuk dengan aktiviti masing2.. Tak kira lah yang bekerja atau yang masih belajar..

Tapi bila sebut cuti hujung2 bulan camni,rasanya aku lah satu-satunya orang yang akan sebut..

"Cuti??Bosannya..yelkk"

Bukan aku eksyen sebab aku ni rajin ke apa.. Aku tak eksyen pun. Alaa semua orang tahu aku memang dah semulajadi rajin..ehehee
Actually,
bosan sebab tak dapat balik kampung.. No Pitis no Balik kampung Loiii... Biasala hujung2 bulan camni. Poket dah agak kosong..
Maka,
Berlegar2 lah aku dalam rumah dan peneman aku saat kesunyian camni hanyalah pokok2 bunga kat depan rumah, dan lappy ku yang makin sarat dengan pembiakan virus2 Brontok.hahhaaa
Tapi virus ni suma under control lagi la...everything gonna be okey..

Cuma,
sunyi sikit ja rasa....hmmm
Sambil bergembira dengan sahabat baikku si lappy, jari ni menerjah satu laman yang memang pakar2 internet suka sangat singgah. Laman SaluranKau(Youtube)

Dan salah satu daripada nya bila aku hayati, ia memberi kesan yang amat mendalam dalam hati ni...
Ada juga persoalan yang selama ini tak terjawab,sikit banyak telah terjawab..
Meh kita baca sama2 meh:



BAGAIMANA MENCARI CINTA ILLAHI?

Jika engkau belum mempunyai ilmu dan hanyalah prasangka,
Maka milikilah prasangka yang baik terhadap Tuhanmu.

Jika engkau hanya mampu merangkak,
Maka merangkaklah engkau kepadaNya

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
Maka tetapkanlah persembahkan doamu yang kering,munafik dan tanpa keyakinan.
Kerana Tuhan dengan rahmatNya akan tetap menerima matawang palsu mu.

Jika engkau masih mempunyai 100 keraguan,
Maka kurangkanlah menjadi 99 saja.

Begitu caranya!

Wahai pejalan,
Walaupun telah 100kali kau ingkar janji,
ayuhlah datang dan datanglah janji.
Kerana Tuhanmu telah berfirman,

"ketika engkau melambung ke angkasa ataupun terpuruk ke jurang,
Ingatlah padaKu,kerana Akulah jalan itu"

Kembalilah pada cintaNya yang lebih Agung dari kecintaan buat dunia dan isinya
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasihNya,
adalah umpama padang pasir yang kegersangan.
Ingatlah kepadaNya kita semua akan kembali padaNya dan janji Allah itu PASTI.




Wednesday, December 29, 2010

KataK

      Aku menulis berkaitan katak bukan sebab katak tu spesis yang nampak cute. Bukan sebab sekarang ni musim cerita Putera Katak yang Zizan Nin dan Nora Danish berlakon kat tv sekarang tu. Bukan sebab waktu boring2 paper aku buat origami katak. Bukan sebab katak tu jenis geli-geli bila dipegang. Juga semestinya bukan sebab katak ada kaki yang boleh terkehel bila tersepit di celah2 pintu...

      Aku menulis pasal katak sebab.....

Aku rasa aku nampak katak ni sejenis binatang yang agak malang. Bukan malang sebab Tuhan yang menciptakannya, tapi malang sebab perangai katak tu sendiri.

      Sebab???

Sebab ada sebab la...haha

Aku selalu ja dengar or tengok ngan mata kepala sendiri, katak mati kering kat tengah jalan. Especially bila balik kampung or kawasan2 yang terpencil sikit.. Atau aku keluar tempat orang makan angin. Atau bila outstation sebab urusan keja. Tapi sekarang ni kejadian katak mati kering makin menjadi2 kat area bandar. Mungkinkah si katak2 dah berhijrah dari habitat asal.Kesan daripada penghijrahan dari kawasan luar bandar ke bandar?hehee...

      Ajal katak yang mati kering tu adakah telah dispesifikkan atas perancangan atau katak itu sendiri merelakan dirinya dilenyek sampai terpenyek beramai2 agaknya ye??

Ntah la..

      Susah nak cakap bab2 camni. Bila dah ajal, tak kena masa, tempat. Kalau nak jadi tu maka tetaplah jadi jugak.
Walaupun langkah berjaga2 telah diambil oleh katak seperti:-
  • lompat berhati2 di tepi jalan
  • pakai helmet cap kepala kulit kalis calar
  • jaket tebal berkaler2
kalu nak jadi,maka tetap innalillah...... 

Tuesday, December 28, 2010

kasih sayang(AL-Mahabbah)

Makna asalnya adalah bening dan bersih.
Sebab bangsa Arab menyebut istilah ini untuk gigi yang putih.
Ada pendapat lain yang diambilkan dari kata al-habab,air yang meluap setelah jatuh dari langit...

Apa2 jela kan..yang penting harini aku nak bagitau yang saat and detik ni aku menyayangi and merindui makayah,adik2,akakku sepenuh jiwa and ragaku....
Tiap2 hari ja rindu kat diorg suma haa....
Dah la duduk jauh nun..

Kalau nak ikutkan hati ni,
nak ja ada ngan diorg macam kecik2 dulu..
Tolong ayah angkut sampah buang dalam redang,tolong mak gi kedai beli bawang.Naik basikal tua ja tu..ahahaa
Malam2 gi lena switdrim kat rumah moyang aku..Yela,akak ku ngaji aku zZzzZZ ja..ehehek
Pastu main tarik2 rambut ngan adik2 ku.Secara tak langsung akak aku pun terlibat sama dalam komplot tu...

Tapi sekarang ni ntah la kan..

Banyak menda dah aku kena buat sorang2.
Kadang2 tak dapat nak share langsung!!

Hmmm
apa pun ku buat semua ni demi kasih sayangku untuk mereka....