aku...

aku...

..... kenyataan delonik regia......

Makin lama aku hidup di dunia ni,makin aku sedari bahawa setiap insan punyai kekuatan dalam diri sendiri..

Dalam jiwa dan hati.

Ku akui sebelum ini sikit pun aku tak mengerti apa itu SEMANGAT HAKIKI..

"Apa rasa air yang berasal dari awan yang putih jatuh dari suatu ketinggian yang pecah terbelah menimpa pinggiran atau pertengahan lembah.

Dihembus angin musim dingin dari segala arah.

Air dari awan jatuh di lembah itu menembus nafas2 yang kelu..

Aliran air berhenti di permukaan.
Tiada cela jika yang meminumnya dengan penuh rasa dia perhatikan yang lainnya.

Taqwa kepada Allah dan malu akibatnya




Monday, March 28, 2011

cinta samudera

Hehe...
Cinta? Cewah dah pandai belajar berkata2 tentang cintan cintun yo...
Well u know, cinta tu actually hukum hakam alam ja.. Tak dinafikan cinta tetap akan hadir walau apa cara sekalipun, walau kita lari atau mengelak daripada cinta...


CINTA ADAM HAWA

Kisah Adam Hawa selalu ja jadi ikon cinta sesama manusia. Bukti, lagu Misha Omar tu.... Tajuk apa ye? ya Cinta Adam dan Hawa.
Dalam Al-Quran Allah dah mnjelaskan penciptaan Adam dan Hawa. Adam berasa sunyi tanpa teman di sisinya. Lalu Allah menciptakan Hawa untuk Adam. Datanglah seorang insan bernama Hawa untuk dicintai, dibelai dan dimanja. Itulah fitrah dan naluri manusia yang tidak dapat disangkal lagi..

Sebagaimana Allah menyatakan dalam Surah Al-A'raf ayat 189 yang bermaksud :-

"Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripada (Adam). Dia menciptakan isterinya supaya dia berasa tenang kepadanya, sesudah disentuhinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan dan teruslah dia berasa ingin dan teruslah dia berasa ringan beberapa waktu."

Bersama2 isteri yang bernama Hawa itu,hilang lah kesepian dalam hidup Adam. Mereka bahagia hidup di alam syurga yang penuh dengan nikmat kehidupan yang amat dan tenteram. Tetapi kebahagiaan itu tidak kekal lama, mereka dibuang ke dunia akibat godaan iblis.


Ku redha dan menerima cinta manusiawi yang dikurniakan Allah kepadaku. Menerima dengan hati yang terbuka. Walaupun cinta yang bakal aku peroleh nanti kemungkinan banyak halangan dan pengorbanannya, ibarat kapal menongkah gelombang samudera,ku pohon kekuatan dari Maha pencipta sekalian alam yang berkuasa mengawal segalanya.. InsyAllah...




Saturday, February 12, 2011

dunia dan mataku

Indahnya nikmat penglihatan yg Kau beri kepadaku ya Allah...

Kenapa kecik2 dulu waktu kita baru dilahirkan kita tak dapat tengok dunia ya?
Maksudku,tak perasan pun mak ayah or dokter2 yang sambut kelahiran ke dunia.Kalau ingat, mungkin sampai sekarang dokter tu jadi kawan baik aku...huhuuu
Waktu akau baby dulu,aku takda lah nampak benda2 ghaib macam ada orang cakap bila kita baby ,kita ada kelebihan tengok benda2 paranormal.Ntah! Mungkin gak aku sendiri yang tak ingat apa yang jadi kecik2 dulu kan....

Apa2 pun sejak aku mampu membezakan warna, saat aku mula kenal apa itu bulan,bintang,matahari,melihat wajah mak ayah, saat aku mampu melihat wajah sendiri dalam cermin,sejak saat itu aku pasti dunia realitiku BARU bermula....
Banyak telah aku lihat dalam dunia ni sepanjang 23 tahun ni.Banyak juga belum dapat aku lihat.RahmatNya terlalu luas untuk direnung...SubhanaAllah.

Tapi adakah aku cukup bersyukur dengan nikmat ini?

Saturday, January 1, 2011

kebOm !!!!!!!

Tarikh: 1 January 2011
Hari: Sabtu
Masa: 00:01am

 Tempat: Straight Quay,Pulau Pinang.

KABOM!!!!

"HUH!!! arghhhhhhh PUAS HATIKU!!!!!!!!!!"

Sebaik sahaja kedengaran bunyi letupan pertama bunga api, perkataan itu yang terkeluar dari mulutku.
Pertunjukan bunga api betul2 di atas kepalaku. Bukan di kiri atau pun di kanan. Bukan di bawah atau di belakang...HANYA DI ATAS.

Sedikit muzik pukulan gendang dari 1 kumpulan di atas pentas mengiringi pertunjukan bunga api itu, namun sikit pun tidak mengasyikkan.
Di fikiranku hanya membayangkan satu persatu perasaan negatif yang aku pendam berkecai... Sebagaimana berderai bunga2 api yang terbentuk di dada langit yang kelam, begitulah terasa berderai, pecah, hancur seluruh masalah dan perasaan negatif yang aku pendam selama bertahun tahun sebelum ni.

Degup jantung berdegup kencang seolah2 pertama kali saat seorang insan jatuh cinta tatkala melihat insan yang disayangi berada di hadapan mata.. Ya. aku pernah jatuh cinta sesama umat manusia. Tapi itu dulu.. NOT for NOW!!!  Cintaku kini hanya untuk kuasa TerAgung milik segala isi dunia.
MasyAllah.. InsyaAllah. Semoga Dia memberi kekuatan pada kekerdilan ini. Besar rahmatNya atas kurniaan perasaan seperti ini..

Setiap satu persatu bunga api induk yang meletup mengeluarkan corak2 yang pelbagai dan warna warni, seperti melambangkan kegembiraan dan semangat2 baru yang lebih banyak dan aku yakin perlu aku jaga dan kekalkan selepas ini. Hanya Allah, aku dan diri sendiri yang memahaminya.

Aku lepaskan memori silam yang membataskan perlaksanaan impian dan matlamat.
Parasit2 tercela yang telah memundurkan kehidupan.
Melalaikan,
Menyusahkan!

I really hate the way i was few years ago!!!

2011..
i am coming....


Rasulullah SAW bersabda:

"Akan datang atas umatku di mana ia menyukai 5 hal dan melupakan 5 hal.
Mereka suka kepada dunia dan melupakan Akhirat.
Mereka suka pada harta sehinggakan melupakan Hari Hisab.
Mereka cintakan makhluk sehingga melupakan Khaliknya.
Mereka suka berdoa, tapi lupa bertaubat dan suka rumah tetapi lupa pada kubur"

Takkan ada lagi delonik yang dulu... InsyAllah.

Thursday, December 30, 2010

hadir saat kesunyian

"Cuti!!!Yahoo.."

Kebiasaanya apabila disebut bab cuti ni,perkataan tu la yang akan keluar dari mulut seseorang yang seharian, sibuk dengan aktiviti masing2.. Tak kira lah yang bekerja atau yang masih belajar..

Tapi bila sebut cuti hujung2 bulan camni,rasanya aku lah satu-satunya orang yang akan sebut..

"Cuti??Bosannya..yelkk"

Bukan aku eksyen sebab aku ni rajin ke apa.. Aku tak eksyen pun. Alaa semua orang tahu aku memang dah semulajadi rajin..ehehee
Actually,
bosan sebab tak dapat balik kampung.. No Pitis no Balik kampung Loiii... Biasala hujung2 bulan camni. Poket dah agak kosong..
Maka,
Berlegar2 lah aku dalam rumah dan peneman aku saat kesunyian camni hanyalah pokok2 bunga kat depan rumah, dan lappy ku yang makin sarat dengan pembiakan virus2 Brontok.hahhaaa
Tapi virus ni suma under control lagi la...everything gonna be okey..

Cuma,
sunyi sikit ja rasa....hmmm
Sambil bergembira dengan sahabat baikku si lappy, jari ni menerjah satu laman yang memang pakar2 internet suka sangat singgah. Laman SaluranKau(Youtube)

Dan salah satu daripada nya bila aku hayati, ia memberi kesan yang amat mendalam dalam hati ni...
Ada juga persoalan yang selama ini tak terjawab,sikit banyak telah terjawab..
Meh kita baca sama2 meh:



BAGAIMANA MENCARI CINTA ILLAHI?

Jika engkau belum mempunyai ilmu dan hanyalah prasangka,
Maka milikilah prasangka yang baik terhadap Tuhanmu.

Jika engkau hanya mampu merangkak,
Maka merangkaklah engkau kepadaNya

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
Maka tetapkanlah persembahkan doamu yang kering,munafik dan tanpa keyakinan.
Kerana Tuhan dengan rahmatNya akan tetap menerima matawang palsu mu.

Jika engkau masih mempunyai 100 keraguan,
Maka kurangkanlah menjadi 99 saja.

Begitu caranya!

Wahai pejalan,
Walaupun telah 100kali kau ingkar janji,
ayuhlah datang dan datanglah janji.
Kerana Tuhanmu telah berfirman,

"ketika engkau melambung ke angkasa ataupun terpuruk ke jurang,
Ingatlah padaKu,kerana Akulah jalan itu"

Kembalilah pada cintaNya yang lebih Agung dari kecintaan buat dunia dan isinya
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasihNya,
adalah umpama padang pasir yang kegersangan.
Ingatlah kepadaNya kita semua akan kembali padaNya dan janji Allah itu PASTI.




Wednesday, December 29, 2010

KataK

      Aku menulis berkaitan katak bukan sebab katak tu spesis yang nampak cute. Bukan sebab sekarang ni musim cerita Putera Katak yang Zizan Nin dan Nora Danish berlakon kat tv sekarang tu. Bukan sebab waktu boring2 paper aku buat origami katak. Bukan sebab katak tu jenis geli-geli bila dipegang. Juga semestinya bukan sebab katak ada kaki yang boleh terkehel bila tersepit di celah2 pintu...

      Aku menulis pasal katak sebab.....

Aku rasa aku nampak katak ni sejenis binatang yang agak malang. Bukan malang sebab Tuhan yang menciptakannya, tapi malang sebab perangai katak tu sendiri.

      Sebab???

Sebab ada sebab la...haha

Aku selalu ja dengar or tengok ngan mata kepala sendiri, katak mati kering kat tengah jalan. Especially bila balik kampung or kawasan2 yang terpencil sikit.. Atau aku keluar tempat orang makan angin. Atau bila outstation sebab urusan keja. Tapi sekarang ni kejadian katak mati kering makin menjadi2 kat area bandar. Mungkinkah si katak2 dah berhijrah dari habitat asal.Kesan daripada penghijrahan dari kawasan luar bandar ke bandar?hehee...

      Ajal katak yang mati kering tu adakah telah dispesifikkan atas perancangan atau katak itu sendiri merelakan dirinya dilenyek sampai terpenyek beramai2 agaknya ye??

Ntah la..

      Susah nak cakap bab2 camni. Bila dah ajal, tak kena masa, tempat. Kalau nak jadi tu maka tetaplah jadi jugak.
Walaupun langkah berjaga2 telah diambil oleh katak seperti:-
  • lompat berhati2 di tepi jalan
  • pakai helmet cap kepala kulit kalis calar
  • jaket tebal berkaler2
kalu nak jadi,maka tetap innalillah...... 

Tuesday, December 28, 2010

kasih sayang(AL-Mahabbah)

Makna asalnya adalah bening dan bersih.
Sebab bangsa Arab menyebut istilah ini untuk gigi yang putih.
Ada pendapat lain yang diambilkan dari kata al-habab,air yang meluap setelah jatuh dari langit...

Apa2 jela kan..yang penting harini aku nak bagitau yang saat and detik ni aku menyayangi and merindui makayah,adik2,akakku sepenuh jiwa and ragaku....
Tiap2 hari ja rindu kat diorg suma haa....
Dah la duduk jauh nun..

Kalau nak ikutkan hati ni,
nak ja ada ngan diorg macam kecik2 dulu..
Tolong ayah angkut sampah buang dalam redang,tolong mak gi kedai beli bawang.Naik basikal tua ja tu..ahahaa
Malam2 gi lena switdrim kat rumah moyang aku..Yela,akak ku ngaji aku zZzzZZ ja..ehehek
Pastu main tarik2 rambut ngan adik2 ku.Secara tak langsung akak aku pun terlibat sama dalam komplot tu...

Tapi sekarang ni ntah la kan..

Banyak menda dah aku kena buat sorang2.
Kadang2 tak dapat nak share langsung!!

Hmmm
apa pun ku buat semua ni demi kasih sayangku untuk mereka....