aku...

aku...

..... kenyataan delonik regia......

Makin lama aku hidup di dunia ni,makin aku sedari bahawa setiap insan punyai kekuatan dalam diri sendiri..

Dalam jiwa dan hati.

Ku akui sebelum ini sikit pun aku tak mengerti apa itu SEMANGAT HAKIKI..

"Apa rasa air yang berasal dari awan yang putih jatuh dari suatu ketinggian yang pecah terbelah menimpa pinggiran atau pertengahan lembah.

Dihembus angin musim dingin dari segala arah.

Air dari awan jatuh di lembah itu menembus nafas2 yang kelu..

Aliran air berhenti di permukaan.
Tiada cela jika yang meminumnya dengan penuh rasa dia perhatikan yang lainnya.

Taqwa kepada Allah dan malu akibatnya




Wednesday, December 29, 2010

KataK

      Aku menulis berkaitan katak bukan sebab katak tu spesis yang nampak cute. Bukan sebab sekarang ni musim cerita Putera Katak yang Zizan Nin dan Nora Danish berlakon kat tv sekarang tu. Bukan sebab waktu boring2 paper aku buat origami katak. Bukan sebab katak tu jenis geli-geli bila dipegang. Juga semestinya bukan sebab katak ada kaki yang boleh terkehel bila tersepit di celah2 pintu...

      Aku menulis pasal katak sebab.....

Aku rasa aku nampak katak ni sejenis binatang yang agak malang. Bukan malang sebab Tuhan yang menciptakannya, tapi malang sebab perangai katak tu sendiri.

      Sebab???

Sebab ada sebab la...haha

Aku selalu ja dengar or tengok ngan mata kepala sendiri, katak mati kering kat tengah jalan. Especially bila balik kampung or kawasan2 yang terpencil sikit.. Atau aku keluar tempat orang makan angin. Atau bila outstation sebab urusan keja. Tapi sekarang ni kejadian katak mati kering makin menjadi2 kat area bandar. Mungkinkah si katak2 dah berhijrah dari habitat asal.Kesan daripada penghijrahan dari kawasan luar bandar ke bandar?hehee...

      Ajal katak yang mati kering tu adakah telah dispesifikkan atas perancangan atau katak itu sendiri merelakan dirinya dilenyek sampai terpenyek beramai2 agaknya ye??

Ntah la..

      Susah nak cakap bab2 camni. Bila dah ajal, tak kena masa, tempat. Kalau nak jadi tu maka tetaplah jadi jugak.
Walaupun langkah berjaga2 telah diambil oleh katak seperti:-
  • lompat berhati2 di tepi jalan
  • pakai helmet cap kepala kulit kalis calar
  • jaket tebal berkaler2
kalu nak jadi,maka tetap innalillah......