aku...

aku...

..... kenyataan delonik regia......

Makin lama aku hidup di dunia ni,makin aku sedari bahawa setiap insan punyai kekuatan dalam diri sendiri..

Dalam jiwa dan hati.

Ku akui sebelum ini sikit pun aku tak mengerti apa itu SEMANGAT HAKIKI..

"Apa rasa air yang berasal dari awan yang putih jatuh dari suatu ketinggian yang pecah terbelah menimpa pinggiran atau pertengahan lembah.

Dihembus angin musim dingin dari segala arah.

Air dari awan jatuh di lembah itu menembus nafas2 yang kelu..

Aliran air berhenti di permukaan.
Tiada cela jika yang meminumnya dengan penuh rasa dia perhatikan yang lainnya.

Taqwa kepada Allah dan malu akibatnya




Thursday, December 30, 2010

hadir saat kesunyian

"Cuti!!!Yahoo.."

Kebiasaanya apabila disebut bab cuti ni,perkataan tu la yang akan keluar dari mulut seseorang yang seharian, sibuk dengan aktiviti masing2.. Tak kira lah yang bekerja atau yang masih belajar..

Tapi bila sebut cuti hujung2 bulan camni,rasanya aku lah satu-satunya orang yang akan sebut..

"Cuti??Bosannya..yelkk"

Bukan aku eksyen sebab aku ni rajin ke apa.. Aku tak eksyen pun. Alaa semua orang tahu aku memang dah semulajadi rajin..ehehee
Actually,
bosan sebab tak dapat balik kampung.. No Pitis no Balik kampung Loiii... Biasala hujung2 bulan camni. Poket dah agak kosong..
Maka,
Berlegar2 lah aku dalam rumah dan peneman aku saat kesunyian camni hanyalah pokok2 bunga kat depan rumah, dan lappy ku yang makin sarat dengan pembiakan virus2 Brontok.hahhaaa
Tapi virus ni suma under control lagi la...everything gonna be okey..

Cuma,
sunyi sikit ja rasa....hmmm
Sambil bergembira dengan sahabat baikku si lappy, jari ni menerjah satu laman yang memang pakar2 internet suka sangat singgah. Laman SaluranKau(Youtube)

Dan salah satu daripada nya bila aku hayati, ia memberi kesan yang amat mendalam dalam hati ni...
Ada juga persoalan yang selama ini tak terjawab,sikit banyak telah terjawab..
Meh kita baca sama2 meh:



BAGAIMANA MENCARI CINTA ILLAHI?

Jika engkau belum mempunyai ilmu dan hanyalah prasangka,
Maka milikilah prasangka yang baik terhadap Tuhanmu.

Jika engkau hanya mampu merangkak,
Maka merangkaklah engkau kepadaNya

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
Maka tetapkanlah persembahkan doamu yang kering,munafik dan tanpa keyakinan.
Kerana Tuhan dengan rahmatNya akan tetap menerima matawang palsu mu.

Jika engkau masih mempunyai 100 keraguan,
Maka kurangkanlah menjadi 99 saja.

Begitu caranya!

Wahai pejalan,
Walaupun telah 100kali kau ingkar janji,
ayuhlah datang dan datanglah janji.
Kerana Tuhanmu telah berfirman,

"ketika engkau melambung ke angkasa ataupun terpuruk ke jurang,
Ingatlah padaKu,kerana Akulah jalan itu"

Kembalilah pada cintaNya yang lebih Agung dari kecintaan buat dunia dan isinya
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasihNya,
adalah umpama padang pasir yang kegersangan.
Ingatlah kepadaNya kita semua akan kembali padaNya dan janji Allah itu PASTI.